Assallamualaikum and Hi to all my blogger follower's. Actually,
story yang I akan sampaikan adalah story yang berkaitan dengan insan yang sentiasa sabar and tidak pernah mengenal erti putus asa untuk sentiasa menahan kesabaran setiap karenah anak-anaknya. Oleh itu, tidak heran lah sekiranya insan yang bernama Bonda/Ibu/Umi/Mama/Mumy or sebagainya pasti mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya seperti Ibu menjadi kunci utama untuk mendapatkan Syurga yang dinanti-nantikan oleh setiap anak bak kiasan kata "Syurga seseorang anak itu terletak dibawah telapak kaki ibunya". Kiasan kata sahaja sudah memberi petunjuk kepada kita untuk berfikir mengapa syurga itu mesti dibawah telapak kaki ibu? kenapa bukan ayah? sedangkan ayah yang banyak bertungkus-lumus untuk mencari nafkah. Persoalan itu pasti akan sering bermain-main diminda kita apatah lagi ketika kita diusia kanak-kanak. Kita pasti akan mendapat jawapan ini sekiranya kita dapat menyelami dan menjiwai perasaan dan tanggungjawab menjadi seorang ibu. Bukan mudah untuk menjadi ibu yang sempurna mahupun solehah kerana pasti akan adanya cabaran dan halangan yang perlu dilalui. Setiap ibu mesti inginkan yang terbaik untuk anaknya sehinggakan sanggup melakukan pengorbanan yang diluar jangkaan masyarakat. Tapi persoalannya adakah insan yang bernama anak kepada ibu tersebut akan mensyukuri dan menghargai atas setiap pengorbanan yang dilakukan oleh ibunya??? Baiklah, I akan share satu story tentang seorang ibu yang sedih and actually story nie saya terbaca di another blog di my follower's blog list so just untuk pedoman and maybe boleh menjadi satu iktibar kepada kita yang masih bergelar sebagai seorang anak.
Cerita Si Anak dan Si Ibu...
Time nie aku masih melalui zaman persekolahan. Aku berasal dari family yang sederhana dan aku tidak pernah merasa kehidupan yang susah. Ini kerana setiap keinginanku mahupun ketika aku dilanda kesakitan/kesusahan pasti ibuku sentiasa berada disampingku. Walau betapa dinginnya layananku terhadapnya tetapi dia sentiasa ingin bersamaku disetiap kerumitan yang aku sedang alami. Ayahku telah lama meninggal dunia ketika usiaku 7 tahun kerana kemalangan kereta dan sejak itu ibuku lah yang telah mengasuh dan mendidik aku dengan memikul dua tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepadaku. Tapi aku sangat membenci ibuku kerana ibuku buta sebelah mata. Dan ini sangat memalukan aku. Oleh kerana ingin menjagaku agar tidak terpengaruh dengan dunia sosial maka ibuku bekerja sambilan sebagai tukang masak untuk pelajar dan guru disekolahku.
Pada suatu hari, aku terserempak dengan ibuku di ruang koridor kelas lalu ibu menegurku menanyakan khabarku dan pelajaranku. Aku sangat malu dengan tindakannya itu. Mengapa dia sanggup memalukan aku didepan rakan-rakan sekelasku hingga kan aku diejek kerana mempunyai seorang ibu yang buta. Aku tidak pedulikan dia dengan itu aku menunjukkan wajah yang amat benci kepadanya lalu terus lari meninggalkan dia. Keesokannya, aku mula diejek dan rakan-rakanku mengatakan "Ibumu UFO kerana cuma memiliki satu mata sahaja" tapi aku cuma mendiamkan diri sambil berharap agar ibuku segera hilang dari hidupku. Atas keegoaan diri yang tinggi maka aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya. Setelah menemuinya, aku berkata "Jika engkau hanya mahu menjadikan aku sebagai bahan ketawa dihadapan semua rakan-rakanku, alangkah baiknya kalau kau mati saja?". Namun ibuku tetap berdiam diri seperti menyembunyikan perasaan hibanya.
Tapi aku tidak sejenak pun berhenti berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana saat itu aku dikuasai oleh jiwa kemarahan. Aku langsung tidak peduli akan perasaannya. Aku ingin keluar dari rumah itu dengan segera. Oleh itu, aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura. Kemudian aku berkahwin, membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupanku. Suatu hari, ibuku datang menziarahiku kerana sudah lama tidak bertemu denganku dan tidak pernah bertemu dengan cucunya. Aku sendiri turut berasa hairan bagaimana ibuku dapat mengesan alamat rumahku. Bila dia berdiri didepan pintu rumahku, anak-anakku mentertawakannya kerana cuma hanya mempunyai satu mata. Aku menjerit kepadanya "Sanggup kau datang ke sini dan menakutkan anak-anakku!! Keluar kau dari sini sekarang!!!" Dengan pantas ibuku menjawab "Maaf, saya tersilap alamat" dan terus menghilangkan diri.
Satu hari, aku menerima surat jemputan untuk perjumpaan bekas-bekas pelajar. Oleh itu, aku meminta kebenaran dari isteriku untuk hadir ke majlis itu. Isteriku mengizinkan. Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah usang ibuku hanya ingin tahu keadaannya. Aku memberi salam tapi salamku tidak terjawab dan tiba-tiba jiran sebelah rumah ibu menegurku dengan memberitahu bahawa ibuku telah meninggal dunia. Aku tidak menitiskan setitik airmata pun. Lalu jiran itu memberiku sepucuk surat yang asalnya permintaan terakhir ibuku sebelum menghembuskan nafas yang terakhir agar surat tersebut diberikan kepadaku. Lalu aku membacanya.....
Anakku yang dikasihi,
Ibu sentiasa teringatkan kamu disetiap masa jantung ibu berdenyut umpama kamu adalah jantung ibu. Saat kamu tiada didepan mata, ibu menjadi lemah bagai menunggu saat jantung berhenti berdenyut. Tapi saat kamu sentiasa didepan mata, jantung ibu sentiasa berdenyut dengan sihatnya. Ketiadaanmu membuatkan ibu berasa lemah apatah lagi cuma kamu anak ibu satu-satunya dan perasaan sayang itu takkan putus sekalipun kamu sentiasa menghina ibu dan berharap agar ibu pergi dari hidupmu kerana ibu tahu selagi ibu masih hidup, ibu akan menjadi pelindung disetiap kesakitan dan kesusahanmu wahai anakku. Ibu sangat bangga denganmu kerana kamu sudah berjaya dalam hidupmu. Tidak sia-sialah pengorbanan ibu kepadamu. Setelah ketiadaan ibu suatu hari nanti, jagalah dan hargailah matamu kerana cuma itu yang mampu ibu tinggalkan sebagai kenangan ibu untukmu yang akan menjadi pengganti diri ibu untuk menjagamu. Kepergian ayahmu adalah kerana kemalangan kereta selepas mengambil kamu pulang dari sekolah. Ketika itu, ayahmu telah menghembuskan nafas yang terakhir di tempat kejadian sebaliknya kamu sempat diselamatkan tetapi sebelah matamu hancur. Ibu tidak sanggup melihat anak ibu kehilangan satu mata tatkala diusia masih kecil lalu ibu mengambil keputusan untuk memberi salah satu mata ibu kepadamu agar anak ibu membesar dengan sempurna seperti anak yang lain. Dan ibu sangat berbangga kerana dengan mata ibu, anakku dapat melihat dunia ini dengan sempurna dan menjalani kehidupan sebagain insan yang sempurna. Sebelum ibu mengundurkan diri, izinkan mata ibu bersemadi denganmu untuk menjadi pengganti saat ibu sudah tiada dan ibu memohon maaf kerana ibu telah mengejutkan anak-anakmu dengan ketidaksempurnaan ibu yang bermata satu. Maafkan ibu, wahai anakku.
Dengan sepenuh kasih ibu buatmu.
Sabda Rasullah S.A.W :
Baginda berkata taat lah kamu kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya sentiasa. Selepas itu, taat lah kamu kepada ibumu kemudian ayahmu kerana sesungguhnya syurga seorang anak itu berada dibawah telapak kaki ibu.
I hope to all my readers should be okay right. Just take this case as lessons to us. Now we're child but someday we'll be parents so we'll through out how to be parents as our parents have do right now. Officially, every person will be through to be child, teenagers, mature, parent and the elderly and knows this all are reality of life.
Jumpa lagi dilain hari and dilain stori.hhhehe//:)
Salam Sayang,
Anna Gibson